Foto – escape.my

Penang Escape Water Park tentunya tidak asing bagi pengunjung setia taman tema. Pengalaman mengujakan yang dinikmati menjadi pendorong untuk terus mereka mengunjunginya lagi, apatah lagi kini dengan adanya gelongsor air terpanjang di dunia.

Taman tema Escape kini menyediakan gelongsor air terpanjang di dunia yang diiktiraf oleh “Guiness Book of World Record”.

Escape Gravityplay telah dibuka secara rasmi semalam. Dengan jarak sepanjang 1.140km dan ketinggian 70 meter, Gravityplay tentunya menyediakan pengalaman yang lebih mengujakan serta lebih mencabar.

Taman tema ‘Escape’ yang terletak di Teluk Bahang ini telah dibuka pada 2013 dan telah bertahun menjadi tarikan pelancong utama di Pulau Pinang. Dengan perasmian fasa ketiga “Gravityplay” ia pasti akan mengukuhkan lagi kedudukan taman tema itu sebagai sebuah pusat tumpuan pelancong paling menarik dalam negara.

Lebih menarik pembinaan gelongsor terpanjang dengan sebanyak RM10.6 juta itu juga berjaya mengekalkan persekitaran semula jadi di taman tema tersebut.

Foto – lipstiq.com

Gravityplay mengatasi rekod dunia 0.602km milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat yang dibuka pada 2015.

Gelongsor terpanjang itu yang dibina di kawasan bukit menghubungkan taman permainan ‘Adventure Play’ dan ‘Water Play’ di mana pengunjung ke permulaan gelongsor air itu dengan menggunakan kereta kabel. Kereta kabel dengan 30 kerusi itu akan membawa pengunjung sejauh 400 meter dari kaki bukit sambil menikmati kehijauan hutan.

Setakat ini, Escape Pulau Pinang mempunyai lebih 40 tarikan utama termasuk meneroka terowong, memanjat pokok, “flying fox’ dan ‘kite flyers’ di “Adventureplay” dan “water slide”, “lazy river”, “speed racer” dan “waveball” di ‘Waterplay’.

Memetik kajian dijalankan oleh University Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menunjukkan 10.9 peratus deripada pelancong tempatan dan antarabangsa yang datang ke Pulau Pinang, akan mengunjungi Escape.

Pada 2018, taman tema Escape telah melancarkan satu gelongsor air sepanjang 300 meter untuk dinikmati pengunjung. Pada tahun lalu juga Escape menerima 185,000 pengunjung dan pihak pengurusan mengjangkakan kenaikan 15 peratus pengunjung dengan pembukaan Gravityplay ini.

Foto – escape.my
Foto – escape.my
Foto – escape.my
Foto – escape.my
Foto – escape.my

Harga tiket Escape Gravityplay

Untuk maklumat lanjut berkaitan serta harga tiket terkini boleh diperolehi melalui escape.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here