Home Berita “Bertuah kau nak…” – Hadiah UPSR Dapat Bunga RM10k

“Bertuah kau nak…” – Hadiah UPSR Dapat Bunga RM10k

2187
0

Wang tunai RM10,000 menjadi hadiah kerana anak berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019.

Pasangan Nor Ashikin Ahmad Pauzai, 33, dan suami, Ihsan Fahmi Ishak, 43, memberikan wang tunai bernilai RM10,000 kepada anak ketiga mereka kerana berjaya memperoleh keputusan 5A dan 1B UPSR.

Paling manis wang tunai itu yang diperolehi Muhammad Danish Haziq digubah dalam bentuk gubahan bunga.

Memetik laporan Metro Online, sebelum ini Muhammad Danish Haziq meminta untuk dibelikan model baharu telefon pintar jenama iPhone namun pasangan suami isteri pengusaha kafe berjanji untuk menghadiahkan RM10,000 sekiranya berjaya memperolehi keputusan cemerlang UPSR.

Menurut Nor Ashikin, hadiah itu kerana menghargai kesungguhan anak mereka mengulangkaji pelajaran.

Dia juga berkata, mereka bukannya orang senang namun berusaha mencukupkan jumlah itu dalam masa tiga bulan dan anaknya ingin membuat simpanan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hadiah yang diperolehi.

Gubahan bunga itu tular di media sosial apabila pemilik Rak Bunga Florist, Una Rushana yang menyiapkan tempahan memuat naik di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here